Saturday, September 15, 2007

AKTIVITI 1 - Kempen AgroHijau (Tanaman Jagung Madu)

FASA 2 - PERLAKSANAAN PROJEK

TEMPOH MASA PROJEK

JULAI

20 Julai 2007
- Terima surat dari Perpustakaan Awam Pahang dan terpilih untuk sertai pertandingan

28 Julai 2007
- Mengenal pasti jenis projek yang ingin dijalankan dan menubuhkan satu kumpulan dari komuniti

29 Julai 2007
- Sesi Mesyuarat untuk cadangan projek


OGOS


1 Ogos 2007
- Pendaftaran secara online untuk menyertai pertandingan Maxis Cyberlinq 2007

26 Ogos 2007
-Terima panggilan telefon dari pihak Maxis Cyberlinq yang menyatakan kumpulan kami terpilih untuk meneruskan projek untuk Fasa ke 2

SEPTEMBER

2 September 2007
-Sesi Mesyuarat untuk membahagikan tugas untuk melaksanakan projek. Di samping itu juga, kumpulan dibentuk bagi memudahkan pergerakan ketika melakukan kerja.


15 September 2007
- Melawat tapak projek untuk tanaman jagung madu. Ni first time melawat tapak projek tanaman jagung madu. Camner nak mulakan yea. Gersang betul tanah ni. Lokasi projek kami tertumpu kepada tanah kerajaan.



20 September 2007
-Perbincangan dengan ahlijawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung(JKKK) bagi membincangkan dengan lebih lanjut tentang tanaman jagung. Disamping kerjasama untuk mendapatkan traktor daripada jabatan pertanian untuk membajak tanah.


Pemilihan Tapak

Jagung madu boleh tumbuh di tanah yang berpengairan baik tetapi ia menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik di tanah lom dalam dan lom berlodak yang mengandungi bahan organik dan dibekalkan dengan nutrien sedia ada. Jagung madu juga boleh tumbuh secara sederhana di tanah acid (serendah pH 5.0), tetapi pH 6 - 7 lebih utama. Tapak unggul untuk penanaman jagung madu ialah tanah datar atau sedikit beralun.





Penanaman jagung madu berterusan di sesuatu tapak adalah tidak disyorkan. Tanaman bergilir dengan kacang tanah, kacang soya, keledek dan tanaman lain memberikan faedah dalam pengeluaran tanaman dan pengurusan tanah.




Penyediaan Tanah

Penyediaan tanah termasuk merata, membakar dan mengembur dan perparitan bagi tempat yang rendah.Kami telah menggunakan perkhidmatan traktor dari Jabatan Pertanian Daerah Bera.Proses membajak memakan masa selama 2 hari.



Kawasan yang dibajak akan memberikan keadaan tanah yang baik untuk proses percambahan.

Menanam

Selepas penyediaan tanah, 2 biji benih dimasukkan ke dalam setiap lubang penanaman 60 cm di antara dan dalam baris. Jarak ini memerlukan 10 - 20 kg/ ha benih. Jarak tanaman untuk jagung madu ialah 45 cm X 45 cm dan 20 - 25 kg/ha benih diperlukan.

Inilah antara barisan penduduk kampung yang mengambil bahagian untuk menamam jagung madu tersbut.

Merumput
Jagung madu tidak toleransi dengan persaingan rumpai. Oleh itu, amat penting untuk memastikan ladang penanamannya bebas daripada rumpai pada bulan pertama dan seterusnya. Kawalan rumpai boleh dilakukan secara manual atau bagi kawasan penanaman yang luas, racun herba boleh digunakan.

Pembajaan
Disyorkan baja 12:12:17:2 pada ladar 600 kg/ha semasa penanaman dan 150 kg/ha urea pada minggu ke 5-6 selepas penanaman.

Baja organik seperti tahi ayam, lembu dan kompos boleh digunakan sebagai baja asas.

Penuaian
Jagung manis, dituai sebaik-baik kernelnya padat (65-75 hari selepas penanaman). Bagi jagung muda, dituai 40 -50 hari selepas penanaman.

Perlu diambil perhatian bahawa jagung manis akan kehilangan kemanisannya dan perlu dipasar dan dimakan sebaik sahaja selepas dituai.