Saturday, October 6, 2007

Cuba Buat Sendiri



SENI KRAF TANGAN merupakan salah satu bidang seni yang amat menyeronokkan. Apa tidaknya....anda bebas melakarkan atau mereka apa sahaja hiasan yang diingini. Semakin kreatif anda, semakin bertambah ilham untuk menghasilkan seni hiasan yang lain dari yang lain.


Gubahan Bunga Daun Getah

Gubahan bunga dari daun getah telah lama diperkenalkan dan kini ia semakin dipelbagaikan dari gubahan jambangan sehinggalah kepada bunga pahar, bunga rozet, bunga manggar dan cenderahati potpuri untuk tetamu. Gubahan daun getah juga sesuai untuk diletakkan di sudut rumah dan juga boleh digubah untuk meja.


BAHAN-BAHAN ASAS

Bahan-bahan asas yang diperlukan

Dalam proses menyiapkan kerja tangan, pelbagai peralatan asas perlu disiapkan sebelum memulakan kerja. Seeloknya, semua bahan ini perlu sentiasa ada bagi memastikan perjalanan kerja lancar. Semua perlatan ini mudah didapati dengan harga yang berpatutan.


Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah pita pelekat, double sided tape, gam, gam serba guna, Glue Gun,pewarna, dawai kawat, gunting pemotong dan juga bahan-bahan sampingan lain.


Mesin yang digunakan untuk menyembur pewarna ke atas daun getah. Warna boleh dipilih bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Friday, September 21, 2007

AKTIVITI 2 - Bengkel Kraftangan

Bunga Daun Getah

Bunga-bunga di halaman mahupun yang di hutan, daun-daun serta paku pakis boleh dikumpulkan dan dikeringkan. Salah satu daun yang boleh dijadikan gubahan ialah daun getah. Daun getah yang telah kering ini boleh dijadikan kad ucapan, frame gambar, potpuri dan lain- lain lagi yang berwarna warni dan menarik.

Di bawah ini kami terangkan bebarapa perkara asas mengenai pengeringan daun dan cara-cara mempersembahkannya. Dengan adanya bengkel kraftangan ini dapat menghimpunkan berbagai-bagai idea gubahan bunga daun getah yang boleh dilakukan sendiri. Saksikan sendiri himpunan fotografi bewarna yang jelas ini.


SEPTEMBER

22 September 2007

Memetik Daun
Masa yang terbaik untuk memetik daun ialah diwaktu pagi kerana daun yang dipilih hendaklah segar dan hijau.

Menyusun daun untuk direndam
Langkah pertama, daun hendaklah dipisahkan satu persatu dari batang dan




Tempoh Rendaman
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, daun yang telah diasingkan dari batang hendaklah direndam dan dibiarkan tanpa diganggu sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga minggu.




Mencuci Daun Getah
Setelah 3 minggu daun getah direndam, daun getah dibersihkan dengan menggunakan berus gigi.






Mengeringkan



Saturday, September 15, 2007

AKTIVITI 1 - Kempen AgroHijau (Tanaman Jagung Madu)

FASA 2 - PERLAKSANAAN PROJEK

TEMPOH MASA PROJEK

JULAI

20 Julai 2007
- Terima surat dari Perpustakaan Awam Pahang dan terpilih untuk sertai pertandingan

28 Julai 2007
- Mengenal pasti jenis projek yang ingin dijalankan dan menubuhkan satu kumpulan dari komuniti

29 Julai 2007
- Sesi Mesyuarat untuk cadangan projek


OGOS


1 Ogos 2007
- Pendaftaran secara online untuk menyertai pertandingan Maxis Cyberlinq 2007

26 Ogos 2007
-Terima panggilan telefon dari pihak Maxis Cyberlinq yang menyatakan kumpulan kami terpilih untuk meneruskan projek untuk Fasa ke 2

SEPTEMBER

2 September 2007
-Sesi Mesyuarat untuk membahagikan tugas untuk melaksanakan projek. Di samping itu juga, kumpulan dibentuk bagi memudahkan pergerakan ketika melakukan kerja.


15 September 2007
- Melawat tapak projek untuk tanaman jagung madu. Ni first time melawat tapak projek tanaman jagung madu. Camner nak mulakan yea. Gersang betul tanah ni. Lokasi projek kami tertumpu kepada tanah kerajaan.



20 September 2007
-Perbincangan dengan ahlijawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung(JKKK) bagi membincangkan dengan lebih lanjut tentang tanaman jagung. Disamping kerjasama untuk mendapatkan traktor daripada jabatan pertanian untuk membajak tanah.


Pemilihan Tapak

Jagung madu boleh tumbuh di tanah yang berpengairan baik tetapi ia menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik di tanah lom dalam dan lom berlodak yang mengandungi bahan organik dan dibekalkan dengan nutrien sedia ada. Jagung madu juga boleh tumbuh secara sederhana di tanah acid (serendah pH 5.0), tetapi pH 6 - 7 lebih utama. Tapak unggul untuk penanaman jagung madu ialah tanah datar atau sedikit beralun.





Penanaman jagung madu berterusan di sesuatu tapak adalah tidak disyorkan. Tanaman bergilir dengan kacang tanah, kacang soya, keledek dan tanaman lain memberikan faedah dalam pengeluaran tanaman dan pengurusan tanah.




Penyediaan Tanah

Penyediaan tanah termasuk merata, membakar dan mengembur dan perparitan bagi tempat yang rendah.Kami telah menggunakan perkhidmatan traktor dari Jabatan Pertanian Daerah Bera.Proses membajak memakan masa selama 2 hari.



Kawasan yang dibajak akan memberikan keadaan tanah yang baik untuk proses percambahan.

Menanam

Selepas penyediaan tanah, 2 biji benih dimasukkan ke dalam setiap lubang penanaman 60 cm di antara dan dalam baris. Jarak ini memerlukan 10 - 20 kg/ ha benih. Jarak tanaman untuk jagung madu ialah 45 cm X 45 cm dan 20 - 25 kg/ha benih diperlukan.

Inilah antara barisan penduduk kampung yang mengambil bahagian untuk menamam jagung madu tersbut.

Merumput
Jagung madu tidak toleransi dengan persaingan rumpai. Oleh itu, amat penting untuk memastikan ladang penanamannya bebas daripada rumpai pada bulan pertama dan seterusnya. Kawalan rumpai boleh dilakukan secara manual atau bagi kawasan penanaman yang luas, racun herba boleh digunakan.

Pembajaan
Disyorkan baja 12:12:17:2 pada ladar 600 kg/ha semasa penanaman dan 150 kg/ha urea pada minggu ke 5-6 selepas penanaman.

Baja organik seperti tahi ayam, lembu dan kompos boleh digunakan sebagai baja asas.

Penuaian
Jagung manis, dituai sebaik-baik kernelnya padat (65-75 hari selepas penanaman). Bagi jagung muda, dituai 40 -50 hari selepas penanaman.

Perlu diambil perhatian bahawa jagung manis akan kehilangan kemanisannya dan perlu dipasar dan dimakan sebaik sahaja selepas dituai.

Tuesday, July 31, 2007

Fasa 1 - Cadangan

1.1 Tajuk Projek:

Masyarakat Tani dalam Pembangunan Komuniti

1.2 Objektif Projek:

1.2.1. untuk membangunkan komuniti Kg Batu Papan di dalam sektor pertanian dan meningkatkan daya saing sektor pertanian negara
1.2.2. untuk mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan penduduk Kg Batu Papan
1.2.3. untuk membantu meningkatkan pendapatan dengan mempromosikan produk pertanian dan mengukuhkan perindustrian pertanian
1.2.4. Mentransformasikan perusahaan pertanian secara kecil-kecilan kepada perusahaan yang lebih bersifat komersil


1.3 Kumpulan Sasaran:

1.3.1 Penduduk Kg Batu Papan
1.3.2 Surirumah

1.4 Struktur Projek:
Antara aktiviti yang dirancangkan adalah seperti berikut:

1.4.1 Bengkel Kraftangan - Gubahan Bunga Daun Getah
- Fokus kepada surirumah untuk mengikuti bengkel kraftangan untuk
membuat gubahan berasaskan daun getah.

1.4.2 Kempen Agrohijau - Tanaman Jagung Madu
- Sebagai usaha untuk meningkatkan sektor pertanian. Kami sedang
berusaha untuk memajukan komuniti dengan menggalakkan penduduk kampung
mengusahakan tanaman jagung madu untuk menambahkan pendapatan.

1.5 Anggaran Perbelanjaan:

1.5.1 Bengkel Kraftangan - Gubahan Bunga Daun Getah

Bil.... Perkara ..........Jumlah Anggaran (RM)

1 Berus Gigi............... 10.00
2 Peluntur.................. 15.00
3 Raga...................... 20.00
4 Besen..................... 20.00
5 Pewarna................... 50.00
6 Dawai Bunga.............. 10.00
7 Gunting................. 10.00
8 Benang......................10.00
9 Pelilit Batang..............10.00
10 Pasu....................... 20.00
11 Gam Uhu................... 100.00
12 Peralatan lain..............20.00
JUMLAH......................315.00

1.5.2 Kempen Agrohijau

Perkara Unit Jumlah Anggaran (RM)
1 Benih Jagung Madu............... 50.00
2 Baja..................... 350.00
4 Upah Traktor............... 60.00
5 Banner - Kempen Agrohijau.....90.00
6 Peralatan lain................100.00

1.5.3 Lain-lain
1 T-Shirt Pasukan.............200.00

JUMLAH.................... 1065.00


1.6 Matlamat Projek:

Projek ini melibatkan kakitangan Perpustakaan Desa Batu Papan dan penduduk Kampung Batu Papan. Kami akan memastikan projek ini bersifat intelek, sosial, prihatin dan berbaur keharmonian yang berterusan kearah membangunkan komuniti dalam mengharungi cabaran-cabaran masa kini dan persiapan masa hadapan. Sehubungan dengan itu, kami meletakkan satu garis panduan dan matlamat yang harus dicapai dalam projek yang bakal diadakan ini. Antara matlamat yang harus dicapai dalam projek ini ialah:-

1. Memberi kesedaran dan pendedahan betapa pentingnya sektor pertanian pada masa kini.
2. Mewujudkan perpaduan dengan tujuan untuk melahirkan keharmonian dalam perhubungan silaturrahim di kalangan penduduk kampung
3. Denagn sektor pertanian yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing dapat menjamin pendapatan yang lebih tinggi dan stabil.