Saturday, October 6, 2007

Cuba Buat Sendiri



SENI KRAF TANGAN merupakan salah satu bidang seni yang amat menyeronokkan. Apa tidaknya....anda bebas melakarkan atau mereka apa sahaja hiasan yang diingini. Semakin kreatif anda, semakin bertambah ilham untuk menghasilkan seni hiasan yang lain dari yang lain.


Gubahan Bunga Daun Getah

Gubahan bunga dari daun getah telah lama diperkenalkan dan kini ia semakin dipelbagaikan dari gubahan jambangan sehinggalah kepada bunga pahar, bunga rozet, bunga manggar dan cenderahati potpuri untuk tetamu. Gubahan daun getah juga sesuai untuk diletakkan di sudut rumah dan juga boleh digubah untuk meja.


BAHAN-BAHAN ASAS

Bahan-bahan asas yang diperlukan

Dalam proses menyiapkan kerja tangan, pelbagai peralatan asas perlu disiapkan sebelum memulakan kerja. Seeloknya, semua bahan ini perlu sentiasa ada bagi memastikan perjalanan kerja lancar. Semua perlatan ini mudah didapati dengan harga yang berpatutan.


Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah pita pelekat, double sided tape, gam, gam serba guna, Glue Gun,pewarna, dawai kawat, gunting pemotong dan juga bahan-bahan sampingan lain.


Mesin yang digunakan untuk menyembur pewarna ke atas daun getah. Warna boleh dipilih bergantung kepada kreativiti masing-masing.